Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan dan adiknya dalam kebakaran sebuah rumah September tahun lalu.<br /><br />Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Fauzi Selamat, 46 tahun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.